Polygon Lancarkan NFT Muzik, Kolaborasi Bersama Warner Music!

162

Pasaran kripto sekarang yang masih mengalami penderitaan tidak mematahkan semangat platform blockchain Polygon untuk memeterai perjanjian bersama Warner Music dan platform muzik LGND Web3 dalam melancarkan non-fungible token (NFT).

Koleksi NFT yang akan diperkenalkan oleh Polygon adalah berkaitan muzik, di mana LGND bukan sahaja membenarkan pembeli mendengar koleksi digital muziknya malah artis terpilih Warner Music dapat lancarkan NFT sendiri.

Rentetan itu, Polygon yakin bahawa Music NFT dan dunia Web3 mampu mendekatkan hubungan antara artis serta peminat apabila berlangsungnya NFT muzik pertama pada Januari 2023 dengan hasil kerjasama Spinnin’ Records, label rekod tarian terkemuka dunia.

Umum mengetahui juga bahawa Polygon merupakan platform skalabiliti Layer-2 Ethereum (ETH) yang telah menyertai Program Disney Accelerator memfokuskan NFT, artificial intelligence (AI) dan Augmented Reality (AR).

Selain daripada penerangan berikut, pemain media popular Windows, Winamp turut membenarkan pengguna memainkan NFT muzik dengan kaedah mudah yang memberi pengguna memautkan wallet Metamask masing-masing melalui Chrome, Firefox dan Brave.

Kaedah tersebut dijelaskan akan menyokong pengedaran fail audio atau video dengan piawaian ERC-721 dan ERC-155 sementara Winamp turut berusaha menggabungkan NFT tersebut bersama naik taraf baharu lain pada masa hadapan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Winamp, Alexandre Saboundjian menyatakan bahawa beliau akan wujudkan banyak pengalaman unik dengan adanya pemain audio NFT serta membenarkan pengguna mendengar sebarang fail yang mereka minati.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat