Polygon Umum Projek DAO, Turut Disertai Chainlink, Aave & SushiSwap

265

Dalam pengumuman terbaru, Polygon mendedahkan projek pembinaan organisasi autonomi desentralisasi (decentralized autonomous organization, DAO) untuk kesemua ahli komunitinya termasuk projek di dalam kewangan desentralisasi (DeFi).

Melalui cara itu, Polygon percaya ia dapat menyatukan platform dan perkhidmatan DeFi dan mengetengahkan perbincangan antara projek melibatkan QuickSwap, SushiSwap, Aave, Chainlink, dan lain-lain

Ekoran daripada itu, pengundian untuk pemilihan anggota baru dapat dilaksanakan dengan berbagai cara seperti staking MATIC pada konsensus Proof-of-Stake (PoS) atau melalui pemilik token DAO.

DAO juga menawarkan penyelesaian untuk menskalakan projek pada kit pengembangan perisian (software development kits, SDK). Ini juga turut merangkumi manfaat lain termasuk pembinaan peralatan, integrasi dan projek pada penggabungan Layer2.

Sedikit pengetahuan ringkas, DAO merupakan sebuah protokol yang memainkan peranan menyebarkan tanggungjawab tadbir urus ke seluruh rangkaian tanpa pihak berpusat. Hanya pemilik token DAO sahaja boleh membuat undian terhadap cadangan tadbir urus.

Pada Jumaat, Polygon ada mengumumkan untuk ‘memasukkan’ Hermez Network ke dalam ekosistemnya, bernilai $250 juta dalam MATIC. Ia merupakan sebahagian daripada pengembangan rangkaian Polygon kearah zero-knowledge proof (ZKProof).

Ini bermakna, token Hermez akan tersedia di Polygon melalui pertukaran (swap), dan mengintegrasikan teknologi penggabungan transaksi dalam ekosistemnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat