Pound Mengganas? GBP/JPY Lonjak 200 Pips Di Awal Minggu

305

Tampaknya benteng paling kebal pada carta GBP/JPY dilihat masih lagi tidak boleh dipecahkan selepas zon sokongan 149.000 terus mencatatkan lonjakan melebihi 200 pips pada dagangan awal minggu ini.

Dalam masa yang sama lonjakan tersebut telah pun menyangkal kejatuhan yang dilakukan di penutup dagangan minggu lalu (Jumaat) dan terus memberi petunjuk awal untuk harga membuat trend bullish.

Petunjuk awal untuk trend bullish itu dengan jelas dapat disaksikan berikutan pergerakan harga telah melepasi trendline resistance serta paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam.

Matawang Pound terus memanfaat kesempatan untuk menguasai pergerakan harga setelah disokong oleh perkhabaran gembira daripada UK yang mempunyai keinginan untuk menyelesaikan krisis Brexit.

Bukan itu sahaja, Pound turut peroleh sokongan daripada jangkaan bahawa kadar inflasi UK mungkin akan melonjak yang sama sekali akan mempengaruhi Bank of England (BOE) menaikkan kadar faedah.

Manakala kebimbangan wabak Covid-19 terhadap varian baharu Omicron nampaknya semakin reda yang secara tidak langsung telah membebankan matawang safe-haven termasuk Yen untuk melemah.

Sudah semestinya zon sokongan lalu yang kini menjadi zon SBR (support become resistance) 151.000 akan disimpulkan sebagai tumpuan untuk ditembusi bagi melihat pergerakan harga terus meningkat.

Andai kata zon berkenaan berjaya dirobek, pelabur dijangka akan mengeluarkan jangkaan berikutnya yang mungkin akan lebih memfokuskan kepada sasaran terbaharu sekitar zon SBR seterusnya 152.000.

Namun sebaliknya trendline resistance dan juga zon 150.000 berkemungkinan bakal diambil perhatian untuk dicapai semula sama ada akan membuat rebounce ataupun kembali dengan trend penurunan.

Susulan aspek berkenaan, penganalisis berpendapat bahawa penurunan lebih rendah dijangka bakal sekali lagi mencecah zon sokongan paling kukuh sejak Mac 2021 pada 149.000 untuk dijejaki semula.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat