Pound Pamer Prestasi Terburuk, GBP/USD Menjunam 150 Pips!

761

Pound Sterling menjadi matawang utama yang didagangkan dengan prestasi terburuk pada Rabu semalam dengan penyusutan ketara dipamerkan pada sesi pasaran New York.

Hal ini adalah didorong oleh kegoyahan rundingan Brexit yang terus meningkatkan kebimbangan para pelabur. Britain kekal bertegas untuk tidak melanjutkan tempoh peralihan Brexit sehingga penghujung tahun 2020.

Kesatuan Eropah (EU) memberikan tempoh sehingga Jun untuk UK membuat keputusan untuk lanjutan tempoh peralihan Brexit. Rundingan akan bersambung pada minggu hadapan.

Di samping itu juga, penyusutan Pound turut dipengaruhi oleh unjuran kadar faedah di paras negatif oleh Bank of England (BOE) selepas ekonomi terjejas terus akibat wabak pandemik.

Pada carta harga bagi pasangan GBP/USD, harga yang membuat kenaikan pada sesi Eropah sekitar 70 pips gagal dikekalkan sebelum harga menjunam 150 pips pada sesi New York.

Penurunan harga turut didorong oleh pengukuhan US dolar susulan sentimen berisiko yang dipengaruhi oleh ketegangan berlarutan di antara Amerika Syarikat dan China.

Penurunan harga semalam hampir mencecah paras 1.2200 sebelum kenaikan pada penghujung sesi New York dan menutup dagangan di paras lebih tinggi sekitar 1.22600.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga masih bergerak di sekitar paras tersebut yang juga merupakan zon SBR (support become resistance) sebelum ini.

Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan dengan momentum penurunan semalam berkemungkinan akan mendorong penurunan lebih rendah pada hari ini.

Jika penurunan diteruskan, harga bakal menuju zon support mingguan sekitar 1.21600 sebelum penurunan lebih rendah akan menguji zon support utama pada 1.20800.

Namun jika kenaikan harga berjaya diteruskan, harga yang melepasi halangan MA50 akan kembali menguji paras ketinggian minggu ini sekitar 1.23600.

Kenaikan lebih tinggi akan menguji pula paras tumpuan harga sekitar 1.24000 yang menjadi zon SBR pada dagangan sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat