Powell Bernada Dovish, BTC Tetap Tak Berganjak!

279

“Mungkin harga BTC nak naik masa FOMC nanti kot.”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) masih tidak memberi sebarang reaksi walaupun Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell berkata bahawa kenaikan kadar faedah mungkin tidak diperlukan susulan tekanan dihadapi oleh sektor perbankan kini.

Semasa berada di Persidangan Penyelidikan Thomas Laubach bersama bekas Pengerusi Fed Ben Bernanke, Powell yang mendedahkan tekanan kredit tidak memerlukan kenaikan kadar faedah selepas ini telah menyebabkan BTC semalam capai semula $27,200.

Ekoran tekanan tersebut dapat menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan pengambilan pekerja, Fed yang ingin menangani inflasi mungkin tidak menaikkan kadar faedah lebih tinggi semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) seterusnya, ulas Powell lagi.

Oleh demikian, sebanyak 79% pedagang menjangkakan bank pusat Amerika Syarikat (AS) bakal menghentikan sementara kenaikan kadar faedah ketika FOMC pada pertengahan Jun manakala ramai pula berpandangan pemotongan kadar akan berlaku pada akhir tahun ini.

Menurut Edward Moya, penganalisis pasaran kanan Oanda menyatakan bahawa harga BTC berpotensi mendaki tinggi setelah tekanan had hutang berakhir sementara Powell memberi petunjuk untuk tidak bertindak agresif dalam dasar monetari mereka.

Bagaimanapun, harga BTC mencatatkan penurunan semula sebanyak 2.27% pada paras $26,622 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $515 bilion seterusnya menjunam 0.71% sepanjang minggu lepas.

Manakala kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) turut tergelincir sekitar 1.53% pada paras $1,797 tetapi masih merekodkan lonjakan 0.10% dalam tempoh tujuh hari lalu dan Ripple (XRP) turun 3.66% pada $0.45.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat