Preorder Telefon Kedua Solana Melepasi 100,000, Harga SOL Mencanak!

767

“Fulamak terbaiklah, banyak juga orang berminat nak beli telefon Solana eh.”

Solana (SOL) mengambil masa hampir setahun bagi menjual 20,000 unit telefon mata wang kripto pertamanya, tetapi telefon kedua berjaya mencapai 100,000 preorder dalam tempoh lebih sebulan dan kini ia yang memiliki $45 juta warchest* ingin hantar unit kepada para pelanggan pada awal tahun 2025.

*Rizab tunai yang diketepikan atau dibina oleh syarikat untuk memanfaatkan peluang yang tidak dijangka

Menurut co-founder SOL Anatoly Yakovenko, 100,000 pelanggan chapter 2 yang membayar $450 telah menyebabkan ekonomi untuk menjual peranti kedua mampu milik adalah lebih berdaya maju daripada telefon pertama yang pada asalnya dijual pada harga $1,000.

Pencapaian itu mengukuhkan masa depan Solana Mobile susulan para pedagang yang mula menyedari setiap telefon datang bersama token percuma telah menyebabkan jualan telefon mereka habis sungguhpun nasibnya diragui sejak tahun lalu.

Sama seperti yang pertama, telefon kedua akan memiliki custom features direka untuk menyepadukan pembelian, penjualan, pegangan dan penggunaan kripto khususnya yang terdapat dalam blockchain SOL ke dalam fungsi utama peranti.

Memang agak sukar mengalahkan Apple dan Google dari segi kamera dan spesifikasi teknologi yang dibanggakannya, tetapi SOL yang mengambil berat tentang ciri khusus kripto akan cuba bina sesuatu yang tidak boleh didapati pada peranti lain, ulas Yakovenko.

Meskipun begitu, masih belum jelas sama ada pembeli preorder sebenarnya berminat untuk memiliki telefon pintar yang didayakan kripto ataupun hanya ingin mendapatkan mesin wang percuma kedua SOL semata-mata.

Bagaimanapun, Solana Mobile semakin hampir mencapai matlamatnya bagi menarik perhatian pembangun aplikasi untuk membina games ditambah pula app store mereka tidak mengenakan caj 20% hingga 30%.

Setakat penulisan ini, harga SOL melonjak sebanyak 8.64% pada paras $113 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $49 bilion seterusnya merekodkan pendakian 19.40% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat