Presiden Baru AS Sudah Dipilih, Dah Mula ‘Open Position’ Ke Hari Ni?

959

Dolar greenback memulakan dagangan minggu ini dengan mencatatkan penurunan sederhana selepas menyaksikan kemenangan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 46.

Joe Biden diharapkan dapat terus mempertahankan pengukuhan dalam pasaran saham meskipun pada awalnya terdapat kebimbangan bahawa kemenangan beliau juga bermakna akan menyebabkan kenaikan cukai.

Dolar Aussie dan dolar New Zealand menokok lebih tinggi berikutan pelabur yang menyambut baik kemenangan Biden sebagai presiden AS dengan meningkatkan pembelian terhadap matawang berisiko.

Harapan untuk rangsangan yang lebih besar juga semakin meningkat setelah Biden dikatakan sedang menubuhkan pasukan petugas khas Covid-19 yang akan diumumkan pada hari ini.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa kemenangan Biden tidak bermakna jalan beliau untuk mengubah dasar akan dipermudahkan, memandangkan mereka kini memiliki 46 kerusi sementara Republikan pula kekal dengan 48 kerusi. Mereka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 51 kerusi untuk memegang majoriti dalam Senat.

Menurut penganalisis, Demokrat dijangka akan mempertahankan kuasa dalam Dewan Perwakilan sementara Republikan pula akan terus di Senat. Ini mungkin bermaksud kenaikan cukai yang dicadangkan oleh Biden tidak akan melepasi Senat tetapi masih akan ada rangsangan fiskal tambahan dan perang perdagangan dikurangkan.

Matawang euro terus mempertahankan momentum pengukuhannya mengikuti kemerosotan yang dicatatkan dolar greenback pada pembukaan sesi Asia ekoran kenaikan dalam pasaran saham.

Sementara itu, pound sterling turut didagangkan menguat. Namun, rundingan perdagangan Brexit yang masih dalam keadaan buntu dengan hanya tinggal satu minggu sebelum UK dan Kesatuan Eropah (EU) perlu mula meratifikasi perjanjian dagang dan keselamatan mungkin akan membataskan pergerakan matawang itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat