Prestasi EV China Bakal ‘Lingkupkan’ Syarikat Lain – Elon Musk

1,078

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk memuji kepantasan dan kecekapan industri automotif China dalam mencipta teknologi dan perkara itu berpotensi untuk menggugat prestasi pesaing di Eropah.

Tesla telah menyaksikan penurunan sahamnya selepas laporan pendapatan suku tahunan yang menunjukkan kelembapan. Ia termasuk sekali dengan prestasi keluaran Cybertruck yang kurang mendapat sambutan.

Berdasarkan kenyataan Elon, beliau mendakwa bahawa industri auto China akan memusnahkan syarikat pembuat kereta EV lain jika perdagangan global tidak bertindak sewajarnya.

Industri EV China telah menyaksikan pertumbuhan pesat disebabkan permintaannya yang besar di sana. Industri ini telah meletakkan posisinya dengan baik di puncak pasaran dan terus berkembang secara global berbanding di Eropah.

Pembuat kereta China memanfaatkan beberapa asas kunci asas untuk menghasilkan EV lebih berdaya maju dan tahan lama. Ia juga memberi kelebihan perundingan yang tinggi kepada para pelanggan.

Semasa pengumuman Kewangan suku tahunan Tesla, Elon Musk mengakui kemajuan pesat dan kecekapan industri kenderaan elektrik (EV) China.

Namun, beliau sempat mengutarakan kebimbangan bahawa tanpa penghalang perdagangan, industri EV China boleh melampaui dan mungkin mengatasi pembuat kereta lain.

Jutawan itu mencadangkan syarikat EV China boleh mencapai kejayaan yang signifikan di luar China bergantung kepada tarif perdagangan yang dikenakan.

Kemasukan EV China ke pasaran global telah menimbulkan kebimbangan terhadap pasaran domestik. Ini telah mendorong beberapa pihak antarabangsa untuk melaksanakan peraturan dalam mengelakkan kebanjiran produk China yang murah itu.

Tesla merupakan pembuat kereta asing pertama yang berjaya membina operasinya di China tanpa perlu membentuk rakan kongsi jenama tempatan.

Kereta EV mewah itu juga telah digugat dengan syarikat BYD, syarikat automotif China.

Laporan pendapatan Tesla bagi suku tahunan keempat 2023 menunjukkan kegagalan untuk memenuhi jangkaan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat