Pro-Rusia Kumpul Dana Kripto Untuk Sokong Perang Lawan Ukraine!

123

Puak penyokong Rusia menggunakan dana aset digital bagi menyokong usaha perang menentang Ukraine dan mengelak sekatan antarabangsa.

Kumpulan tersebut telah mengumpul sejumlah besar Bitcoin (BTC) dan mata wang kripto lain melalui kempen kutipan dana (crowdfunding).

Menurut ketua penyiasatan global di TRM Labs Chris Janczewski, sumber perisikan blockchain mengenal pasti $400,000 mata wang kripto yang dikumpul sejak permulaan pencerobohan pada 24 Februari.

Tambahnya lagi, Pasukan Petugas Rusich yang merupakan militia pro-Kremlin bukan sahaja menyokong pembunuhan serta penyeksaan tahanan Ukraine malah ia turut mengumpul dana dalam kripto.

Pasukan tersebut juga difahamkan telah dipersetujui oleh Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC), dua pemimpin kanannya dan lima address kripto.

Sementara itu, TRM Labs berjaya menemui Saluran Telegram Romanov Light yang mengumpulkan kripto bernilai $174,000 untuk Special Rapid Response Unit (SOBR) iaitu unit Pasukan Khas elit Pengawal Kebangsaan Rusia.

Manakala Pusat Penyelarasan Bantuan Novorossia mengumpulkan $21,000 dalam BTC bagi membeli dron dan berfungsi sebagai penyokong operasi Rusia yang kini dilanda perang.

Diperjelaskan lagi, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen menyatakan hasratnya untuk menyekat keupayaan orang Rusia memindahkan kekayaan menggunakan mata wang kripto susulan Rusia telah memajukan strategi kripto dalam mengatasi sekatan Barat.

Bulan lalu, Kementeria Kewangan Rusia dan bank pusat menyetujui undang-undang untuk memudahkan pembayaran rentas sempadan menggunakan kripto.

Dalam pada itu, kedua-dua agensi tersebut juga membenarkan aktiviti mining di kawasan Rusia yang kaya dengan tenaga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat