Projek NFT Baru Ini Bakal Muncul Pada Pesta Rose Parade 2023!

208

Menariknya, mungkin projek NFT ini bakal jadi pencabar BAYC.”

Iklan Super Bowl dan filem indie telah memaparkan projek non-fungible token (NFT) digelar Nouns untuk mempromosikan watak pixel berkostum yang akan memasuki dunia maya sebagai sebahagian daripada aktiviti pesta Rose Parade.

Selain daripada itu, projek tersebut akan dipasarkan di jenama bir terkenal dan New York Fashion Week yang pasti ditunggu-tunggu oleh komuniti di sana.

Perarakan Rose Parade yang akan berlangsung di Pasadena, California adalah bertujuan untuk meraikan perlawanan bola sepak kolej Rose Bowl antara Penn State dan Utah.

Sementara, Nouns adalah merupakan projek berasaskan Ethereum (ETH) yang melelong watak pixel NFT dan menyalurkan dana diperoleh kepada perbendaharaan komuniti.

Menurut Chris Waters, Ketua Pembangunan Stoopid Buddy yang melontarkan idea kepada pemegang NFT Nouns menyatakan bahawa matlamat Nouns adalah untuk memperbanyakkan lagi meme unik yang mampu menarik lebih ramai pelanggan baharu.

Tambahnya lagi, beliau telah meminta sekitar 610 ETH bernilai $1.1 juta untuk membiayai projek tersebut berkaitan pakaian dan filem yang diluluskan oleh DAO pada bulan Jun lepas.

Hasilnya, Rose Parade yang akan berlangsung pada Isnin depan akan menyaksikan “Meet the Nouns” dan watak berkostum.

Malah, projek itu akan mencipta semula avatar NFT Nouns dengan menyaksikan enam kostum yang mempunyai pelbagai ciri.

Ulas daripada Eric Towner, co-founder Stoopid Buddy pula menyebut bahawa mereka akan menunjukkan pelbagai sisi menyeronokkan yang dapat memberi pelbagai impak positif kepada pembeli NFT itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat