PRU-15: Malaysia Mengundi 19 November

218

Walaupun berdepan dengan kebimbangan musim tengkujuh, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah pada 19 November.

Ini akan didahului dengan penamaan calon yang ditetapkan pada 5 November, dengan hari pengundian awal ialah pada 15 November.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata dalam sidang media bahawa tempoh berkempen adalah selama 14 hari iaitu dari tarikh penamaan calon hingga 11.59 malam pada 18 November.

Tambahnya, pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Bugaya di Sabah juga akan diadakan dalam tempoh yang sama.

Dalam pada itu, permohonan untuk pengundi pos luar negara akan ditutup pada 23 Oktober ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 pada 10 Oktober bagi memberi laluan kepada PRU-15 setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pilihan raya itu dijangka menelan belanja RM1.01 bilion, di mana lebih daripada 21 juta orang layak untuk mengundi semasa PRU-15, ujar Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat