Rafizi Nak Kembalikan Semula GST?

690

Dalam usaha meningkatkan hasil negara, kerajaan tidak menolak untuk memperkenalkan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang telah dimansuhkan pada 2018.

Menteri Kewangan Rafizi Ramli berkata demikian apabila ditanya sama ada kerajaan bercadang untuk melaksanakan semula GST di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

Pun begitu, Rafizi berkata rancangan semasa akan tertumpu kepada pengenalan cukai keuntungan modal yang bakal dilaksanakan pada tahun depan.

Ini merupakan salah satu langkah untuk meluaskan asas hasil negara dan sudah tentu kerajaan akan berpegang kepada strategi itu, ujarnya.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan akan terbuka kepada apa sahaja cara yang boleh dilaksanakan untuk mencapai kemampanan fiskal melalui asas hasil yang lebih luas.

Ia termasuk cukai keuntungan modal, GST atau sebarang bentuk cukai langsung dan tidak langsung.

Tambahnya, sebarang pengumuman mengenai pengenalan cukai atau hasil baharu akan dibuat oleh Kementerian kewangan daripada satu pengumuman bajet kepada pengumuman bajet yang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat