Ragu Terhadap Keupayaan Biden, Dagangan Minyak Suram

188

Harga minyak kembali merosot pada hari Selasa, selepas meraih kenaikan pada sesi sebelumnya, kerana harapan untuk persetujuan lebih cepat terhadap rangsangan ekonomi AS semakin pudar sementara kes coronavirus baru di seluruh dunia pula terus meningkat.

Penanda aras WTI Amerika Syarikat diniagakan susut 23 sen pada $52.53 setong, manakala niaga hadapan minyak mentah Brent pula turun 40 sen kepada $55.37 setong pada awal sesi Asia.

Kedua-dua penanda aras itu sebelum ini telah mencapai tahap tertinggi 11 bulan, namun, dagangan minyak mentah kembali tersekat di antara keraguan terhadap permulihan permintaan global yang terjejas akibat kebangkitan semula kes Covid-19 seluruh dunia dan optimisme terhadap langkah rangsangan besar-besaran Presiden Joe Biden.

Bagaimanapun, saat ini, pentadbiran Biden masih cuba mendapatkan persetujuan pembuat dasar Republik untuk meluluskan pakej bantuan $1.9 trilion yang diperkenalkan sebelum ini.

Negara-negara Eropah telah menetapkan sekatan yang ketat untuk memerangi penularan virus, sementara China terus melaporkan peningkatan kes Covid-19 baru, mengurangkan prospek permintaan pada pengguna tenaga terbesar di dunia.

Dalam pada itu, tindakan Presiden Joe Biden yang mengembalikan sekatan perjalanan ke atas UK, Kesatuan Eropah (EU), Afrika Selatan dan beberapa negara lagi, telah memburukkan lagi prospek terhadap permintaan bahan bakar global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat