Raja Bitcoin! Grayscale Miliki Hampir 500K BTC

319

Grayscale sekali lagi mencatatkan rekod terbaru, menerima pelaburan paling tinggi berjumlah $215 juta (15,907 BTC) ke Trust, sekaligus mengatasi rekod semua pelaburan sebelum ini.

Buat masa sekarang, firma tersebut memiliki rekod aset bernilai $6.7 bilion (481,711 BTC).

Jika Grayscale terus mencatatkan kadar pertumbuhan 32,000 BTC bulan lalu, misi firma itu untuk memiliki 500,000 BTC adalah tidak mustahil dalam masa tiga minggu sahaja.

Malah, jika momentum ini dapat dikekalkan sehingga akhir 2021, Grayscale mungkin dapat mengawal aset bitcoin sehingga 926,600 BTC (bersamaan 5% jumlah semasa bekalan Bitcoin).

Pencapaian firm tersebut tidak dapat disangkal lagi terutama sepanjang 2020 dengan rekod Aset di Bawah Pengurusan (AUM) meningkat dari $1.9 bilion kepada $4.7 bilion bagi sembilan bulan pertama.

Ini bermakna sejak laporan suku ketiga Grayscale pada bulan lepas, AUM Bitcoin Trust telah menerima lagi penambahan sebanyak $2 bilion.

Grayscale mengungguli carta pemilikan Bitcoin, mengalahkan beberapa firma besar yang lain. Manakala setakat Oktober, lagi 12 syarikat membawa rekod pemilikan Bitcoin sebanyak 150,000 BTC dengan majoritinya milik CoinShares (69,730 BTC), Microstrategy (38,250 BTC), Galaxy Digital (16,551 BTC) dan Square (4,709 BTC).

Keseluruhannya, 13 firma memiliki jumlah pegangan 600,000 BTC bernilai $6.86 bilion.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat