Grayscale Rekod Lebih $1 Bilion Pelaburan Dalam Suku Ketiga 2020

221

Syarikat pelaburan Bitcoin (BTC), Grayscale yang berpangkalan di New York mendedahkan keuntungannya dalam laporan suku ketiga 2020, di mana mereka berjaya menerima pelaburan baru bernilai $1.05 bilion untuk tempoh tiga bulan.

Jika dibandingkan dengan rekod suku kedua, pelaburan berjumlah $906 juta, Grayscale telah berjaya menyaksikan peningkatan sebanyak 16%, satu rekod terbaru.

Majoriti daripada keuntungan berjumlah $720 juta (68.5%) ini dimasukkan ke Bitcoin.

Berdasarkan laporan, jumlah modal yang telah dilaburkan dalam Grayscale telah meningkat sehingga $3.63 bilion, melonjak 40% hanya dalam tempoh tiga bulan sahaja. Manakala bagi 2020 setakat ini, $2.4 bilion berjaya ditambah, satu peningkatan sebanyak 195% bagi suku ketiga pertama.

Rekod keseluruhan aset firma ini mencatatkan nilai sekitar $5.9 bilion.

Walaupun dibangunkan pada 2013, lonjakan modal lebih ketara pada akhir 2018. Menurut laporan, kebanyakan pelabur bagi suku ketiga, 81% merupakan pemain institusi dan 43% merupakan dari Amerika Syarikat (AS).

Tuah Grayscale juga membawa berita gembira bagi pasaran kripto yang menyaksikan lambakan lonjakan sejak kebelakangan ini.

Sentimen lonjakan Bitcoin didorong oleh keputusan MicroStrategy membeli Bitcoin bernilai $425 juta, diikuti pelaburan berjumlah $50 juta oleh Jack Dorsey dari Square. Selang beberapa hari kemudian, Stone Rich Asset Management pula mengumumkan pemilikan aset digital itu yang berjumlah $115 juta. Syarikat blockchain block.one juga memiliki 300,000 Bitcoin.

Jika dalam masa terdekat Visa dan PayPal mengeluarkan kenyataan semasa mengenai usaha mereka untuk menceburi industri matawang kripto, mungkin Bitcoin akan melonjak lebih tinggi!

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat