Ramai Tak Perasan Inilah 5 Token Yang Sedang Trending Sekarang!

1,805

“Fulamak banyak juga yang trending, korang ada pegang ke salah satu token ni?”

Jangkaan kelulusan spot Bitcoin (BTC) ETF adalah salah satu pemangkin utama yang mendorong harga BTC menggunung ke $44,450 sehingga menyebabkan beberapa altcoin lain turut memberi reaksi yang sangat positif.

Antara altcoin yang berada dalam kedudukan agak trending adalah Ordinals (ORDI) yang merupakan token BTC Layer-2, Stacks (STX), Terra Luna Classic (LUNC), Pepe Coin (PEPE) termasuk Conflux Network (CFX).

Suka dimaklumkan ORDI dan STX telah menjadi trending susulan daripada projek dikaitkan dengan BTC Layer-2, di mana kini harga ORDI melonjak 26.73% pada paras $62.17 dalam tempoh 24 jam lalu manakala STX yang kini didagangkan pada $1.15 raih 52.52% sepanjang minggu lepas.

Bukan itu sahaja, PEPE turut menyaksikan kenaikan 11.46% pada $0.0000015 dalam masa 24 jam lepas setelah Binance mengumumkan penerimaan memecoin itu sebagai cagaran untuk pinjaman ditambah pula Travala.com mula menerima pembayaran dalam PEPE.

LUNC juga menjadi trending di kalangan pelabur kripto apabila Binance bertindak membakar 3.9 bilion LUNC yang seterusnya membawa keuntungan 22% dalam semalaman, jadi di sini dapat dilihat harganya yang kini didagangkan pada $0.00022 telah capai $0.00027 daripada $0.00008 pada 26 November 2023.

Sementara CFX menghasilkan hampir 35% keuntungan mingguan apabila pemegang Conflux Network bersedia untuk acara Kem Pembangun AWS Web3 di Hong Kong pada 7 Disember 2023 di mana ia bekerjasama dengan game Web3, bursa kripto dan lain-lain.

CFTX pada masa ini telah jatuh semula kira-kira 1.81% pada paras $0.20 dalam tempoh 24 jam lalu selepas berjaya menembusi $0.23 pada 4 Disember 2023, tetapi perlu diketahui harganya tetap mencatatkan kenaikan 36.32% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat