Ramalan Harga Emas: Impak Pasaran Terhadap Kenyataan Fed

2,693

[Artikel Tajaan]

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi Fed, Jerome Powell semalam telah memberikan hala tuju yang jelas bahawa kenaikan kadar faedah masih lagi akan diteruskan di Amerika. Berbanding kenyataan Fed yang telah dikeluarkan pada mesyuarat FOMC minggu lepas, pasaran ketika itu melihat Fed dijangka tidak lagi akan menaikkan kadar faedah pada masa akan datang. Hasil tinjauan pasaran, hanya 15% peratus peserta yang menjangkakan Fed masih lagi akan meneruskan kenaikan kadar faedah dan pemotongan kadar faedah akan dilaksanakan sekurang-kurangnya pada pertengahan tahun hadapan.

Kami di Saracen Markets telah mengeluarkan jangkaan kenyataan selepas mesyuarat FOMC (sila rujuk artikel bertarikh 2 November 2023) bahawa “Fed masih lagi berpotensi menaikkan kadar faedah”. Kenyataan Fed semalam dengan jelas memberitahu bahawa inflasi masih lagi berisiko untuk melakukan kenaikan dan Fed bersedia untuk menaikkan kadar faedah jika kadar inflasi masih lagi menunjukkan tanda-tanda kenaikan.

Impak Terhadap Pasaran Emas

Kebimbangan terhadap peningkatan inflasi akan mendorong para pelabur untuk melabur di pasaran komoditi besi berharga sebagai langkah menyelamatkan dana pelaburan yang dipanggil “hedging”. Strategi yang diterapkan oleh pelabur ini kebiasaanya akan dilaksanakan apabila jangkaan mengenai kenaikan inflasi dan kadar faedah timbul.

Pasaran “Gold Futures”

Nilai dagangan “Open Interest” di dalam pasaran “Gold Futures” pada sesi dagangan Hong Kong dan Mumbai hari ini dilihat telah berlaku penambahan melebihi 1,000 kontrak dan jumlah transaksi dagangan yang berlaku turut juga bertambah melebihi 12,000 nilai dagangan. Oleh itu pasaran emas dilihat boleh berlaku “recovery price momentum” sehingga sekurang-kurangnya pada paras harga $2000. Jika sebaliknya harga boleh menyambung penurunan sehingga di bawah $1950.

Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat