Ramalan Harga Emas XAU/USD: $1,993 Menjadi Tumpuan

1,425

[Artikel Tajaan]

Laporan data inflasi Amerika Syarikat (AS) semalam telah menekan harga emas ke paras terendah baru sekaligus menjadikan harga terendah bagi setakat tahun ini sejak Januari 2024.

Berikutan laporan data itu semalam, sentimen pasaran kini melihat pelaksanaan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) dijangka akan dilaksanakan di sekitar pertengahan tahun ini iaitu pada mesyuarat FOMC Mei 2024.

Beberapa ahli jawatankuasa Fed dijangka akan berucap sepanjang minggu ini. Oleh itu sebarang ucapan yang bernada “Hawkish” dilihat mampu untuk terus menekan harga emas jauh lebih rendah.

Analisa Teknikal

Berdasarkan carta harian, harga emas telah diniagakan tutup di sekitar paras $1,993. Oleh itu sebarang kenaikan harga akan dilihat sebagai “correction” sebelum emas terus didagangkan rendah.

Harga emas mampu didagangkan lebih rendah di sekitar paras $1,973-$1,966 dan terakhir sekali di paras harga $1,950.

Namun jika harga $1,993 berjaya di pertahankan (Carta Harian), emas dijangka akan diniagakan tinggi sehingga ke paras $2,000-$2,024.

Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat