Ramalan Harga Emas XAU/USD: Data Inflasi PCE Tumpuan Utama Malam Ini

1,100

[Artikel Tajaan]

Emas telah didagangkan berhati-hati sejak awal minggu ini di antara paras harga $2,040-$2,026 berikutan lambakan persidangan ucapan oleh beberapa ahli komiti Fed yang telah dijadualkan sejak Isnin sehinggalah Jumaat ini.

Pelabur dilihat meneliti dan mencari beberapa data dan petunjuk utama yang bakal diberikan melalui persidangan Fed sepanjang minggu ini.

Emas telah diniagakan tinggi semalam berikutan beberapa siri data ekonomi seperti Amerika GDP dan Fed Speech. Harapan pemain pasaran untuk melihat pelaksanaan kadar faedah seawal Mei 2024 kini kian terpadam.

Pada malam ini beberapa siri tumpuan data seperti “PCE” (Personal Consumption Expenditure) bakal diterbitkan. Jangkaan data PCE inflation:

Data Jangkaan Sebelum
US Core PCE Price Index YoY  2.8%  2.9%
US Core PCE Price Index MoM  2.4%  2.6%

Sebarang penurunan bacaan PCE inflasi berbanding data sebelumnya mampu menghidupkan semula harapan pemain pasaran terhadap pelaksanaan awal pemotongan kadar faedah.

Ia sekaligus mampu merangsang permintaan harga emas di dalam pasaran.

Analisa Teknikal

Berdasarkan carta harian, harga niaga tutup semalam dilihat masih berada di bawah paras $2,040. Jika harga $2,040 bakal ditembusi pada hari ini, harga emas  dilihat mampu untuk terus melakukan kenaikan sekurang-kurangya sehingga ke paras $2,050.

Namun jika sebaliknya, $2,030 perlu dipertahankan untuk emas kekal “bullish”. Kegagalan paras harga $2,030 mampu menekan emas lebih rendah sehingga ke paras $2,016.

Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat