Ramalan Harga Emas XAU/USD: Data Malam Ini Penentu Keyakinan Pelabur Emas

1,419

[Artikel Tajaan]

Laporan data “Retails Sales” yang lemah semalam dilihat telah memberikan harapan baru terhadap pelabur emas apabila harga emas semalam telah diniagakan tutup pada paras harga $2,004.

Namun begitu “trend” pemulihan harga emas yang berlaku sejak semalam dilihat telah terhenti pada awal sesi dagangan hari ini.

Ini berikutan pelabur menantikan indikasi terbaru tumpuan bacaan data inflasi iaitu “Producer Price Index” (PPI) dan “Consumer Sentiment” yang dijadualkan pada malam ini.

Pasaran menjangkakan bacaan data PPI dilihat bakal dilaporkan pada 0.6% Januari berbanding 1.0% bulan sebelumnya.

Jika laporan kedua data ini mampu memberikan sokongan terhadap kenyataan Fed yang bersifat “Hawkish”, emas dijangka akan diniagakan lebih rendah pada penutup minggu ini.

Selain itu juga beberapa ahli Fed dijangka akan turut memberikan ucapan pada malam ini. Oleh yang demikian, keluaran data dan ucapan yang dijadualkan pada malam ini dilihat akan menjadi penentu terhadap “trend” minggu hadapan.

Analisa Teknikal

Berdasarkan carta harian, harga emas telah diniagakan tutup di sekitar paras $2004. Namun begitu struktur pada carta harian dilihat lebih memihak kepada “bearish”.

Paras harga $1,993 akan menjadi halangan terhadap kejatuhan harga emas seterusnya sebelum melepasi harga $1,984-$1,973.

Akan tetapi jika laporan data pada malam ini dilihat mampu menyokong semula harga emas $2,024 dilihat akan menjadi halangan jika paras harga $2,008 dapat ditembusi.

Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat