Ramalan Harga Emas XAU/USD: FOMC Pemacu Harga Baharu

2,459

[Artikel Tajaan]

Konflik geopolitik di Timur Tengah dan pertumbuhan ekonomi China semakin meruncing. Ia sekaligus memberikan impak yang tinggi terhadap pasaran “safe heaven-asset” terutamanya terhadap Dollar Amerika dan pasaran emas.

Kenaikan harga emas secara mendadak telah didorong oleh faktor geopolitik manakala kejatuhan harga emas pula didorong oleh pembelian secara besar-besaran “US Treasury Bond Yield” berikutan perubahan tarif faedah baharu sebelum FOMC pada awal pagi ini.

Fed dijangka untuk masih lagi mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat FOMC hari ini namun tumpuan utama pada mesyuarat tersebut adalah petunjuk baharu terhadap “timing” pemotongan kadar faedah yang bakal dilaksanakan pada tahun ini.

Pengeluaran data Nonfarm Payrolls (NFP) pada hari jumaat ini dijangka turut membantu memberikan petunjuk terhadap hala tuju polisi kewangan di negara itu.

Data pekerjaan pertama yang telah dilaporkan semalam iaitu JOLT’S telah dilihat menghalang Fed untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah secara aggresif seperti yang telah diwar-warkan di dalam sentimen pasaran minggu lepas dan awal minggu ini.

Analisa Teknikal Carta Harian (Daily Chart)
Pasaran emas pada masa ini menantikan petunjuk baharu pada mesyuarat FOMC awal pagi ini untuk meneruskan kenaikan.

Namun paras harga $2,040-$2,050 masih lagi kekal sebagai paras utama untuk mengklarifikasikan penerusan kenaikan harga. Jika harga paras tersebut berjaya ditembusi, $2,060 bakal menjadi hentian seterusnya.

Namun, jika FOMC tidak berpihak terhadap pelabur emas, pasaran emas bakal diniagakan rendah sehingga ke paras $2,030 sebelum harga $2,017 dicapai. Dan ia mampu terus menekan harga emas lebih rendah ke paras $2,000 semula.

Sebarang kenyataan “Hawkish” di mesyuarat FOMC nanti mampu memberikan sokongan kuat terhadap Dollar Amerika dan kejatuhan besar terhadap pasaran emas.

Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat