Ramalan Harga Emas XAU/USD: Ketidakpastian Geopolitik

2,110

[Artikel Tajaan]

Permintaan terhadap pasaran emas telah mengalami penurunan sejak awal minggu ini, dengan harga emas berada dalam julat $1,980 hingga $1,950.

Penurunan ini disebabkan oleh ketidakpastian dalam situasi geopolitik di Timur Tengah, terutamanya dengan perkembangan dalam rundingan campur tangan negara-negara Barat seperti Amerika, serta bantuan-bantuan yang diterima oleh penduduk Palestin dari luar.

Selain itu, pengumuman data “S&P Global Manufacturing PMI” semalam telah memberi dorongan kepada Dolar Amerika dengan menunjukkan pertumbuhan yang sangat positif.

Ini telah memberi tekanan kepada pasaran emas, menyebabkan harga diniagakan lebih rendah ke paras $1,950 semasa sesi di New York semalam.

SARACEN MARKETS meramalkan bahawa pasaran emas pada minggu ini mungkin akan diniagakan dalam keadaan mendatar, dengan peningkatan permintaan “Hedging” dalam pasaran niaga hadapan (“Futures market”), seperti yang telah dijelaskan dalam SARACEN Weekly Market Outlook Edisi Minggu Keempat Oktober 2023.

 

Analisa Teknikal

Dalam analisis Carta Harian, harga emas masih menunjukkan tanda-tanda kecenderungan “bullish”. Paras $1,980 dikenal pasti sebagai tahap rintangan utama.

Apabila tahap ini berjaya diatasi, harga emas berpotensi untuk kembali mencapai paras $1,990, dan mungkin mencabar tahap $2,000.

Di sisi lain, jika harga jatuh menembusi tahap $1,963, dijangka tahap $1,950 mungkin akan diuji sekali lagi.


Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat