Ramalan Harga Emas XAU/USD: Mampukah Data U.S ADP & POWELL Mencetuskan Perubahan?

787

[Artikel Tajaan]

Harga emas kekal diniagakan tinggi sejak pembukaan sesi dagangan awal April ini. Konflik geopolitik  Timur Tengah dan Russia Ukraine dilihat semakin meruncing.

Kilang penapisan minyak terbesar di Russia semalam telah diletupkan oleh serangan drone dari Ukraine. Secara tidak langsung, kekurangan bekalan minyak mentah dunia membuatkan nilai pasaran minyak melonjak naik dengan tinggi.

Dengan kenaikan drastik harga minyak mentah dunia, kami di SARACEN MARKETS melihat potensi kenaikan bacaan inflasi di Amerika akan kekal berada di paras sedia ada atau meningkat.

Selain itu juga, laporan data-data ekonomi di Amerika kini dilihat menunjukkan pengukuhan struktur ekonomi di negara itu.

Oleh yang demikian, hal ini mampu memberikan kesan kepada jangkaan pasaran terhadap FED untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah pada Jun 2024 semakin tipis.

Pasaran buruh Amerika dilihat kukuh berikutan laporan data ISM dan JOLTS semalam. Laporan data pekerjaan ADP bakal dilaporkan malam ini dan berkemungkinaan besar mampu mencatatkan laporan positif.

Pengerusi FED Jerome Powell dijadualkan bakal berucap pada malam ini jam 12.10 pagi. Pemain pasaran dijangka akan menilai sama ada kenaikan harga pasaran komoditi dunia dan pengukuhan ekonomi dan pasaran buruh Amerika bakal memberikan impak terhadap pelaksanaan pemotongan kadar faedah oleh FED pada tahun ini.

Analisa Teknikal

Permintaan harga emas oleh para pelabur dilihat masih kekal namun corak pembelian dilihat berada di fasa berjaga-jaga.

Jika laporan data dan ucapan oleh Fed Powell mampu mencetuskan “correction” terhadap pasaran emas, $2,200 dilihat bakal menjadi harga lantai sementara pasaran emas.

Namun jika sebaliknya $2,300-$2,350 bakal menjadi tumpuan.

Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat