Ramalan Harga Emas XAU/USD: Mampukah Emas Kekal Bullish?

1,940

[Artikel Tajaan]

Harga emas telah diniagakan tinggi sehingga ke paras $2,200 pada mesyuarat FOMC siri Mac 2024 semalam.

Ini berikutan, Fed Powell telah meyakinkan pemain pasaran bahawan pelaksanaan pemotongan kadar faedah bagi tahun 2024 tetap akan dilaksanakan sekurang-kurangnya sebanyak tiga (3) kali.

Hal ini memberikan suatu persepsi yang jelas terhadap pemain pasaran bahawa kenaikan paras inflasi yang telah dilaporkan baru-baru ini tidak menjejaskan pendirian Fed terhadap jangkaan matlamat pemulihan nilai inflasi di paras 2.0% pada tahun ini.

Selain itu juga, indikasi pasaran buruh baru-baru ini yang dilihat telah mengukuh tidak memberikan kerisauan terhadap Fed akan implikasinya terhadap penambahan nilai inflasi di negara itu.

Lonjatan harga emas yang telah berlaku semalam dan juga indikasi yang telah dikeluarkan oleh Fed adalah merupakan petunjuk jelas akan kembalinya semula permintaan emas yang semakin meningkat.

Dari sisi lain, faktor geopolitik masih lagi menunjukkan peningkatan terhadap permintaan emas pada sepanjang tahun 2024.

Di antaranya, konflik Russia-Ukraine yang masih lagi mendominasi, peperangan Israel-Palestin dan konflik Laut Merah. Selain itu juga, pilihan raya besar-besaran di dalam pemilihan presiden Amerika Syarikat bagi tahun 2024 turut juga menjadi faktor utama terhadap peningkatan perminataan harga emas di seluruh dunia.

Analisa Teknikal

Berdasarkan carta harian, formasi “pattern bull-flag” telah dilihat jelas terbentuk semalam kini telah dikonfirmasi apabila paras harga $2,195 berjaya dipecahkan. Kenaikan harga emas seterusnya akan tertumpu di sekitar kawasan harga $2,250.

Sekiranya harga niaga emas diniagakan tutup di bawah paras harga $2,200 pada hari ini, kawasan harga $2,195 bakal diuji. Dan jika paras tersebut berjaya dipecahkan, kawasan harga $2,140-$2,130 akan menjadi tumpuan para pembeli emas.

Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat