Ramalan Harga Emas XAU/USD: Mampukah Kemelut Iran-Israel Terus Mendorong Naik Harga Emas?

1,553

[Artikel Tajaan]

Harga emas dilihat telah diniagakan rendah pada sesi dagangan New York semalam dan Asia hari ini.

Kejatuhan harga emas yang telah dijangkakan itu dilihat sebagai “correction” menjelang laporan data pekerjaan U.S NFP.

Pada sesi dagangan New York semalam Presiden Amerika Joe Biden telah menggesa Israel untuk melakukan gencatan senjata serta-merta berikutan kematian beberapa rakyat negara luar yang telah dilaporkan mati akibat diserang tentera Israel.

Selain itu juga, konflik geopolitik Timur Tengah semakin hangat apabila Iran dilaporkan telah mengisytiharkan perang terhadap Israel. Presiden Israel telah dilaporkan akan melakukan komitmen penuh oleh negara itu didalam memerangi Iran.

Selain itu juga, Joe Biden turut juga berikrar akan memberikan sokongan penuh terhadap Israel sekiranya negara itu mempunyai pelan tindakan di dalam melindungi keselamatan orang awam.

Pada malam ini siri tumpuan utama laporan data pekerjaan NFP bakal diterbitkan. Sekiranya laporan data NFP pada malam ini melaporkan pengukuhan sebanyak 200,000 dan ke atas, sentimen pasaran akan dilihat pengukuhan ekonomi Amerika Syarikat, sekaligus berpotensi mendorong FED untuk mengekalkan kadar faedah sedia ada lebih lama.

Analisa Teknikal
Seperti yang telah dijangkakan semalam paras harga $2,300 gagal ditembusi sekaligus emas dilihat melakukan kejatuhan ke paras $2,280 dan $2,265.

Sekiranya paras harga $2,265 berjaya dibolosi $2,250 dilihat bakal menjadi halangan utama sebelum paras harga $2,200 menjadi tumpuan.

Namun jika sebaliknya, “rejection ” pada paras harga $2,265 mampu mendorong emas untuk diniagakan lebih tinggi sehingga ke paras $2,307.

Jika paras tersebut berjaya dipecahkan, emas dijangkan akan melakukan  “New High” sehingga ke paras $2,350 berdasarkan faktor tekanan geopolitik yang kian meruncing.

Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat