Ramalan Harga Emas XAU/USD: Masa Adalah Senjata Pelabur

2,956

[Artikel Tajaan]

Emas telah diniagakan di bawah paras harga $2,000 pada sesi Eropah hari ini. Emas dilihat telah gagal berulang kali untuk menembusi pada paras harga $2,010 sekaligus menunjukkan para pelabur kini menunggu peluang yang sesuai sebelum meneruskan pembelian.

Pasaran sesi New York akan tutup pada hari ini berikutan cuti “Thanksgiving” sekaligus mendorong pelabur untuk mengelak daripada melakukan transaksi perniagaan yang agresif.

Namun begitu, sentimen ‘dovish’ yang telah dikeluarkan oleh Fed baru-baru ini dilihat terus menjadi faktor utama dalam memacu pergerakan emas.

Analisa Teknikal

Jika emas dilihat mampu menembusi paras harga $2,000, rintangan seterusnya berada di sekitar $,2010.

Sentimen pasaran emas kini dilihat lebih berpihak kepada “buyer”. Oleh itu lanjutan terus harga mampu mencapai sehingga $2,022-$2,040. Namun jika sebaliknya, paras $1,988 dijangka akan menjadi lantai harga sebelum terus jatuh memasuki ke paras harga $1,978 dan $1,965.

Sebarang pergerakan agresif mampu memacu harga emas terus jatuh hingga ke paras $1,940.

Oleh yang demikian, para pelabur kini dilihat menunggu petunjuk ekonomi Amerika yang seterusnya pada  Jumaat iaitu data S&P Global PMI. Data jangkaan awal dilihat bakal meningkat positif ke paras bacaan 49.8 untuk pembuatan manakala 50.4 terhadap bacaan data perkhidmatan PMI.

Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat