Ramalan Harga Emas XAU/USD: Paras Harga $2,300 Di Dalam Tumpuan

881

[Artikel Tajaan]

Harga emas telah merekodkan paras harga tertinggi apabila Pengerusi Fed Jerome Powell menyatakan bahawa “pelaksanaan pemotongan kadar faedah bagi tahun 2024 masih akan dilaksanakan”.

Dollar Amerika dilihat telah mengalami tekanan berikutan ucapan Powell yang bernada “dovish”.

Dari sudut teknikal, harga emas pada masa kini telah berada di dalam status “overbought”.

Adakah para pelabur akan menjadikan laporan data pekerjaan Amerika N.F.P sebagai “profit-taking/correction”?

Namun begitu haruslah diingatkan tekanan geopolitik Timur Tengah dan Russia-Ukraine semakin meruncing, senario ini dilihat masih mampu memberikan ruang permintaan yang tinggi terhadap pasaran komoditi dunia.

Tumpuan data malam ini “Jobless Claims” akan memberikan petunjuk baharu terhadap pemain pasaran mengenai plan pelaksanaan pemotongan kadar faedah pada Jun 2024.

Analisa Teknikal

Jika pasaran emas diniagakan tutup (Carta Harian) di atas paras $2,300, emas dilihat mampu untuk terus melakukan kenaikan sehingga ke paras $2,350.

Namun jika sebaliknya, “correction” bakal terjadi sehingga ke paras $2,280 dan pemain pasaran dijangka akan menilai semula permintaan emas dan paras harga $2,250 dilihat menjadi tumpuan para pembeli.

Jika paras tersebut berjaya dibolosi, $2,200 akan menjadi halangan.

Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat