Ramalan Harga Emas XAU/USD: Tumpuan Pasaran Ke Arah NFP

1,382

[Artikel Tajaan]

Sentimen Pasaran
Pemain pasaran pada ketika ini menunggu laporan data pekerjaan Amerika yang bakal dilaporkan pada malam ini. Laporan ini merupakan data yang mampu mempengaruhi hala tuju polisi kewangan negara itu.

Dollar Amerika telah didagangkan stabil dan bon perbendaharaan negara itu didagangkan tinggi.

Pada sesi dagangan pasaran awal minggu ini, Bank Pusat Kanada dan Eropah telah mengumumkan pemotongan kadar faedah di mana pada ketika ini bacaan kadar inflasi di kedua negara itu masih lagi belum mencapai sasaran 2%. Hal ini berikutan “trend” bacaan inflasi yang telah dilaporkan sejak suku pertama tahun ini menunjukkan penurunan.

Jangkaan awal laporan NFP pada malam ini dilihat penambahan sebanyak 180,000 pekerjaan pada bulan Mei 2024 manakala kadar pengangguran di negara itu dijangkakan tidak berubah.

Berdasarkan laporan awal data pekerjaan yang telah dilaporkan pada awal minggu ini, kami di SARACEN MARKETS berpendapat bahawa bacaan data pekerjaan pada malam ini berkemungkinan memberikan rangsangan terhadap Dollar Amerika sekaligus mampu memberikan sentimen baharu terhadap pelaksanaan pemotongan kadar faedah di negara itu.

Pasaran pada masa ini menjangkakan Fed berkemungkinan melaksanakan pemotongan kadar faedah pada mesyuarat FOMC siri September 2024.

Pasaran Emas
Harga emas dilihat telah didagangkan tinggi setelah Bank Pusat Kanada dan Eropah melaksanakan pemotongan kadar faedah buat pertama kalinya pada tahun 2024.

Selain itu juga bacaan awal data pekerjaan JOLTS dan ADP yang telah dilaporkan telah dilihat memberikan indikasi awal terhadap pasaran buruh yang perlahan.

Konflik Timur Tengah pada minggu ini dilihat semakin meruncing apabila Israel telah melancarkan serangan balas terhadap Hezbullah. Selain itu juga konflik China-Taiwan semakin tegang apabila China memberikan amaran perang terhadap negara itu sekiranya Taiwan  berhasrat untuk tidak bersekutu dengan negara itu.

Permintaan emas oleh bank pusat negara-negara “emerging market”  (BRICS) semakin bertambah apabila persekutuan negara itu berhasrat untuk menubuhkan transaksi dagangan baharu yang tidak melibat penggunaan dollar Amerika.

Namun pada ketika ini, pemain pasaran emas akan tertumpu sepenuhnya terhadap laporan data pekerjaan Amerika yang bakal dilaporkan pada malam ini.

Analisa Teknikal
Berdasarkan carta harian, paras harga $2,376 dan $2,397 bakal menjadi halangan utama untuk emas terus didagangkan tinggi.

Jika laporan data NPF pada malam ini mampu mengubah sentimen pasaran terhadap pelaksanaan pemotongan kadar faedah oleh Fed, emas dilihat mampu didagangkan rendah sekurang-kurangya sehingga ke paras harga $2,327-$2,300.

Namun jika sebaliknya, paras $2,450 mampu dicabar semula. Paras harga $2,265 dilihat menjadi tumpuan utama pembeli emas.

Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat