Ramalan Harga Emas XAU/USD: Tumpuan Sesi Dagangan Jumaat

1,560

[Artikel Tajaan]

Pada sesi dagangan awal hari ini, emas dilihat telah didagangkan rendah sehingga ke paras $2,018. Akan tetapi corak perniagaan yang dipaparkan oleh pelabur dilihat sama berbanding semalam.

Beberapa siri data ekonomi yang telah dilaporkan semalam dilihat telah gagal memberikan impak momentum terhadap pasaran emas.

Sebaliknya para pelabur mengambil langkah berjaga-jaga di dalam menilai siri ucapan oleh beberapa ahli Fed sejak hari rabu minggu ini sehinggalah malam ini nanti.

Sentimen pasaran pada masa kini menilai kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa ahli Fed di dalam bernada “Hawkish”. Ini berikutan komiti Fed berpendapat bahawa kadar faedah yang sedia ada di Amerika haruslah dikekalkan lebih lama dan tidak perlu terburu-buru melaksanakan pemotongan kadar faedah.

Tekanan geopolitik yang sedang berlaku dilihat sebagai satu peluang terhadap pertambahan permintaan emas, selain itu juga risiko pengekalan kadar faedah yang lebih lama turut juga mampu memberikan prospek peluang terhadap pelabur emas.

Akan tetapi tekanan ekonomi yang dihadapi oleh negara China dilihat menghalang emas daripada terus melakukan kenaikan apabila data “Purchasing Manager Index” (PMI) yang diterbitkan pada sesi Asia hari ini dilihat lemah sekaligus mengukur permintaan dan pemprosesan emas yang rendah.

Jika corak sentimen pasaran ini masih kekal sehingga ke sesi dagangan seterusnya ia mampu menekan harga emas jauh lebih rendah dan menolak naik matawang Dollar Amerika pada sesi dagangan New York nanti. Beberapa ahli Fed yang dijadualkan berucap akan menjadi titik perubahan terhadap harga emas.

Analisa Teknikal
Berdasarkan carta harian, pasaran dilihat masih lagi berpihak ke arah “Up Trend” berikutan harga tutup niaga harian masih lagi kekal di paras $2,023.

Walaupun begitu paras harga $2,035-$2,044 perlu dilepasi sebelum menuju ke destinasi $2,050.

Namun jika sebaliknya $2,023 diukur di carta harian masih menjadi penghalang utama sebelum kejatuhan yang lebih jauh berlaku ke paras harga $2,000.

Berdasarkan struktur permintaan pasaran sejak awal minggu ini, paras harga $2,015-$,2018 dilihat akan menjadi lingkungan kawasan utama pembeli emas.

Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat