Ramalan Harga Emas: XAU/USD Tunggu Penentuan Powell

2,403

[Artikel Tajaan]

Harga emas dilihat telah menguji paras harga $2,052 pada sesi Asia hari ini. Momentum kenaikan harga emas sejak awal minggu ini adalah berikutan sentimen kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Fed pada penghujung minggu lepas dimana sentimen itu turut memberikan momentum “bearish” terhadap matawang USD dan juga bon perbendaharaan Amerika.

Pasaran kini menjangkakan Fed akan melaksanakan pemotongan kadar faedah pada tahun hadapan. Pelabur kini melihat pelaksanaan pemotongan kadar faedah dijangka akan berkuatkuasa pada awal bulan Mac dengan kebarangkalian sebanyak 40%.

Tumpuan Data

Sentimen Fed pada waktu ini masih lagi mengungguli permintaan harga emas, akan tetapi pada malam ini pengeluaran data “US Gross Domestic Product (GDP)” mampu melakukan pergerakan “corrective” dan “pullback” sekaligus menurunkan harga pasaran emas.

Selain itu juga para pelabur akan menantikan nilai data semasa “Personal Consumption Expenditure (PCE)” yang dijadualkan pada Khamis dan juga ucapan oleh pengerusi Fed Jerome Powell yang dijadual akan berlangsung pada hari Jumaat ini. Persidangan ini merupakan acara bulanan yang digelar sebagai “Fed Blackout Period” sebelum mesyuarat FOMC pada 12-13 Disember 2023.

Analisa Teknikal

Berdasarkan carta harian, harga emas dilihat masih lagi berpihak terhadap pembeli, namun keberangkalian terjadinya pergerakan “corrective” dan “pullback” pada malam ini adalah tinggi.

Jika hal ini terjadi, paras $2022, $2012 dan yang terakhir $1,983 bakal menjadi harga tumpuan para pembeli. Akan tetapi jika paras $2,052 berjaya dilepasi emas dilihat akan menuju ke paras harga $2,070 – $2,080.

Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat