Ramalan Harga EUR/USD: Trend Kekal Bullish?

596

[Artikel Tajaan]

Pengeluaran data semalam menunjukkan inflasi di German telah menurun melebihi jangkaan pada November iaitu sebanyak 2.3%. Selain itu juga, data “core inflation” juga turut menurun sebanyak 3.8% berbanding 4.3% pada Oktober 2023.

Bacaan trend terbaharu inflasi ini mampu mecetuskan spekulasi bahawa bank pusat Eropah (ECB) bakal melakukan pemotongan kadar faedah pada tahun hadapan.

Walaupun begitu, ahli majlis ECB, Yannis Stournaras telah berucap semalam dan memberi amaran bahawa bank pusat di negara itu masih lagi jauh daripada pemotongan kadar faedah, sekaligus melihat kebarangkalian kenaikan kadar faedah oleh bank pusat Eropah masih kekal terbuka.

Dolar Amerika
Pasaran ketika ini melihat bahawa Fed cenderung untuk melakukan pemotongan kadar faedah pada awal Mac 2024. Sekaligus memberikan tekanan terhadap indeks dollar.

Komponen data inflasi di Amerika bakal menjadi petunjuk baharu akan kepastian jangkaan pasaran terhadap pemotongan kadar faedah.

“Personal Consumption Expenditures” bakal di terbitkan pada malam ini di mana jangkaan pengeluaran data dilihat akan menurun sebanyak 0.1% berbanding 0.4% data sebelum ini.

Analisa Teknikal

Jika komponen data inflasi di Amerika malam ini memberikan isyarat bahawa inflasi masih lagi kekal, pelabur mungkin dapat melihat EUR/USD akan mencari paras harga $1.0900 dan jika kawasan harga ini berjaya dipecahkan, $1.0860 akan menjadi harga lantai bagi pelabur.

Namun jika sebaliknya yang berlaku, momentum bullish dapat dilihat sehingga ke paras harga $1.100 – $1.1150.

Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat