Rangkaian Cardano (ADA) Semakin Rancak, Lebih 800,000 NFT Dihasilkan Sejak Alonzo!

359

NFT Maker mengumumkan penghasilan non-fungible token (NFT) di Cardano telah melepasi paras 800,000 dan kesemuanya telah tersedia di pasaran.

Untuk pengetahuan, NFT Maker merupakan sebuah platform pasaran NFT yang dibangunkan di Cardano. Ia menawarkan keperluan yang dapat membantu pencipta untuk hasilkan dan jual NFT tanpa pengetahuan coding.

Salah satu projek kripto yang menggunakan NFT Maker untuk mint NFT ialah CardanoPeakz. Siri yang dikeluarkan memfokuskan kepada koleksi puncak gunung, seperti Gunung Everest dan Nanga Parbat.

Barangkali sudah ada banyak projek berpotensi sejak kehadiran kontrak pintar, koin ADA sedang diburu pelabur.

Difahamkan ada satu masa lambakan whales membuat pengumpulan aset sehingga 16 juta ADA dalam tempoh 24 jam sahaja.

Pada masa yang sama, banyak projek bakal dilancarkan di rangkaian itu. Berdasarkan pemerhatian, aktiviti pembangun Cardano 7x ganda lebih rancak berbanding Bitcoin, dan sudah pun mengatasi Ethereum.

Ketika penulisan, ADA didagangkan pada $0.80, susut hampir 2% dalam 24 jam.

Kalau nak hodl ADA, kena banyak bersabar! Perjalanan Cardano masih panjang dan ada ruang besar untuknya terus berkembang. Apa-apa pun, DYOR. 

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat