RBA Kekalkan Kadar Faedah 4.35%, AUD/USD Menjunam!

175

Tumpuan pasaran hari ini terarah kepada keputusan mesyuarat polisi monetari bank pusat Australia yang telah menyaksikan kesan kejatuhan nilai mata wang dolar Aussie di penghujung sesi Asia.

Reserve Bank of Australia (RBA) seperti yang dijangka mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 4.35% untuk mesyuarat kali keempat berturut-turut.

Ucapan susulan oleh gabenor Michelle Bullock menjadi perhatian ketika pasaran berspekulasi bahawa bank pusat akan mengekalkan nada hawkish mereka.

Bullock menyatakan kadar faedah semasa adalah di paras yang tepat untuk mendorong inflasi menuju sasaran bank pusat.

Beliau menyatakan bahawa mereka berkemungkinan tidak perlu untuk menaikkan kadar faedah lagi selepas ini.

Menurut pandangan Bullock, pilihan untuk menaikkan kadar faedah itu ada, tapi tidak semestinya mereka perlu melaksanakan tindakan tersebut.

Pasaran yang menilai RBA yang tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah walaupun inflasi menunjukkan peningkatan, dilihat mencetuskan kesan awal penyusutan dolar Aussie.

Meneliti carta pasangan mata wang AUD/USD, harga pada minggu lalu telah mencapai paras ketinggian terbaru untuk tempoh dagangan 3 minggu menghampiri 0.66500.

Namun pada awal minggu semalam, pergerakan harga mendatar dan gagal untuk menyambung corak kenaikan tersebut.

Bersambung pada hari ini pula, penurunan harga mula berlaku selepas reaksi keputusan mesyuarat RBA sebentar tadi.

Pelabur terima isyarat bearish harga selepas penurunan melepasi garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD itu.

Bersambung di awal sesi Eropah, harga telah bergerak turun di bawah paras 0.66000 dan dijangka akan menuju sekitar 0.65400 sekiranya momentum itu dikekalkan.

Namun jika harga berjaya melonjak semula di atas paras 0.66000 melepasi garisan MA50, akan memberi petunjuk awal untuk harga meneruskan kembali corak kenaikan minggu lalu.

Paras ketinggian 0.66500 akan cuba untuk diatasi sebelum kenaikan diteruskan menuju zon tumpuan pada 0.67000.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat