RBA Turunkan Lagi Kadar Faedah, Umum Pelaksanaan Pelonggaran Kuantitatif

330

Reserve Bank of Australia (RBA) seperti dijangkakan telah mengumumkan penurunan kadar faedah buat kali kedua bulan ini ke paras terendah terbaru sebanyak 25 mata asas daripada 0.50% kepada 0.25%.

Bank pusat itu juga mengatakan ia akan menggunakan langkah-langkah dasar yang tidak konvensional berikutan ancaman wabak COVID-19 dijangka mengheret negara itu kepada kemelesetan pertama sejak awal 1990 an.

Gabenor RBA, Philip Lowe berkata bank telah memilih untuk mengurangkan kadar dan membeli bon kerajaan bagi menyokong pekerjaan dan pendapatan supaya apabila krisis ini semakin berkurangan, negara berada dalam kedudukan yang baik untuk pulih.

Sementara itu, Lowe memberitahu bahawa bank pusat tidak akan menaikkan kadar faedah sehingga terdapat kemajuan ke arah mencapai sasaran pekerjaan penuh dan inflasi.

RBA akan membeli bon kerajaan Australia sebagai sebahagian daripada program pelonggaran kuantitatif (QE) yang pertama dengan mensasarkan hasil bon 3 tahun menurun kepada 0.25% melalui pembelian di pasaran sekunder, mulai hari Jumaat.

Di samping itu, bank pusat juga akan meningkatkan operasi repo dan melancarkan kemudahan pembiayaan bagi bank-bank untuk membekalkan kredit bernilai $ 90 bilion kepada perniagaan kecil dan sederhana yang terjejas selama tiga tahun.

Pengumuman RBA dibuat selepas beberapa bank pusat di seluruh dunia telah melancarkan pakej rangsangan besar untuk menstabilkan pasaran kewangan dan menangani impak coronavirus kepada ekonomi.

Dengan memulakan QE, RBA berharap dapat menstabilkan sistem kewangan dan menggalakkan bank-bank untuk terus memberi pinjaman.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat