RBNZ Kekal Hawkish, Naikkan Kadar Faedah 50 Mata Asas Sekali Lagi!

161

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) terus bertindak agresif dalam memerangi inflasi dengan meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat polisi Ogos.

Dengan kenaikan setengah mata asas untuk kali keempat berturut-turut, ia meletakkan kadar faedah semasa pada 3.0%, paras yang tidak pernah dilihat dalam 7 tahun.

RBNZ menjangkakan sedikit penurunan kadar inflasi dalam tempoh terdekat berikutan kejatuhan harga bahan api dan kos penghantaran yang stabil.

Namun, bank pusat itu menekankan bahawa paras inflasi hanya akan kembali kepada julat sasaran RBNZ menjelang pertengahan 2024 dan lebih banyak pengetatan monetari diperlukan.

Kadar faedah dilihat akan mencecah sekitar 3.69% pada akhir tahun ini, meningkat  kepada 4.1% pada September dan Disember 2023, dan 3.65% pada September 2025.

Ini sekali gus menunjukkan bahawa bank pusat New Zealand masih komited untuk meneruskan pengetatan bagi meredakan tekanan harga yang membelenggu pasaran.

Dalam pada itu, RBNZ mengatakan bahawa permintaan ekonomi telah berdaya tahan sepanjang separuh pertama 2022, tetapi pengeluarannya dikekang oleh bekalan global yang terganggu, kekurangan buruh dan wabak Covid-19.

Dolar kiwi melonjak tinggi sebaik sahaja keputusan tersebut diumumkan sebelum kembali mengurangkan keuntungan untuk didagangkan pada 0.63400 berbanding USD.

Gabenor Adrian Orr dalam kenyataan susulan berkata bahawa RBNZ tidak meramalkan kemelesetan tetapi melihat pertumbuhan berada di bawah jangkaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat