Ready To Go! BTC Tak Sabar Nak Bullish?

563

“Hmmm agaknya berapa lama lagi untuk BTC lepas $31,000?”

Susulan terdapat spekulasi yang mengatakan pasaran bearish mungkin berakhir, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) akhirnya capai semula kedudukannya di atas paras $29,000 di tengah-tengah masalah sektor perbankan.

Pada 26 April 2023, harga BTC menyaksikan kejatuhan 10% apabila para pedagang dalam pasaran niaga hadapan bertindak mengambil untung manakala pelabur Ethereum (ETH) turut membuat tindakan serupa selepas naik taraf Shanghai.

Meskipun begitu, harga BTC kini berjaya melonjak sebanyak 0.78% pada paras $29,500 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $571 bilion dan mencatatkan kenaikan sekitar 4.18% sepanjang minggu lepas.

Hal ini kerana pedagang telah mula membuka positions long dan aktiviti perbelanjaan oleh whales pula semakin meningkat, di mana terdapat whales yang setelah sekian lama menyepi secara tiba-tiba aktif sejak kebelakangan ini.

Pada masa ini, pedagang sedang menunggu dua peristiwa penting iaitu Friday’s monthly expiry* dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan dijadualkan pada 2 Mei susulan ia adalah petanda penting dalam menentukan harga BTC akan naik atau turun.

*Tarikh tamat tempoh untuk opsyen saham tersenarai di AS biasanya pada hari Jumaat ketiga bulan kontrak atau bulan kontrak tamat

Dolar Amerika Syarikat (AS) yang semakin lemah ditambah pula dengan Republikan sedang giat berusaha untuk mendapat kelulusan siling hutang negara turut akan menjadi sebab harga BTC berpotensi untuk melonjak lebih tinggi.

Suka dimaklumkan ChatGPT meramalkan bahawa harga aset digital tersebut mungkin melepasi paras $135,000 sejurus selepas halving BTC berlaku pada April 2024.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat