Reaksi Tak Bermaya BTC Lepas CPI AS, Tapi Kripto Diramal Lonjak Lagi!

170

“Sebelum CPI harga BTC naik tinggi dah, jadi sekarang mungkin la slow sekejap. Tapi…”

Selepas terbitan data Indeks Harga Pengguna (CPI) oleh Biro Statistik Buruh Amerika Syarikat (AS) semalam, seluruh pasaran mata wang kripto termasuk Bitcoin (BTC) dilihat tidak membuat pergerakan harga yang ketara, berbeza dengan pasaran mata wang yang lebih meriah.

Jangkaan untuk melonjak tinggi meleset, harga BTC pada masa ini masih berlegar-legar di bawah paras $30,000 dalam tempoh 24 jam lalu manakala Ethereum (ETH) pula pada $1,918 walaupun inflasi pada bulan Mac menyaksikan penurunan 5.0% lebih rendah daripada jangkaannya 5.1%.

Suka dimaklumkan bahawa laporan CPI tersebut adalah lebih rendah berbanding bulan sebelumnya yang mencatatkan inflasi sebanyak 6.0%, dan ini merupakan paras inflasi terendah AS sejak Mei 2021.

Dalam pada itu, kadar tahunan CPI teras di AS pada bulan Mac adalah 5.6% berbanding sebelum ini pada 5.5%, di mana ia mengakhiri penurunan lima bulan berturut-turut seterusnya membawa kepada penurunan drastik dalam Indeks Dolar AS (DXY).

Namun demikian, pasaran kripto mungkin akan melonjak lebih tinggi sungguhpun sekarang berada dalam momentum mendatar susulan penurunan inflasi tersebut dapat melemahkan US dolar apabila Federal Reserve (Fed) beralih ke arah memperlahankan pengetatan monetari.

Pada sisi berbeza, terdapat whales BTC telah memindahkan sekitar 11,000 aset digital tersebut bernilai $330 juta ke syarikat exchanger kripto Bitfinex pada Rabu semalam semasa harganya berada pada paras $30,114.

Rentetan itu, pembelian dan penjualan whales berupaya memberi impak besar pada pasaran kripto, oleh itu para pelabur perlulah sentiasa mengawasi tingkah laku mereka dengan teliti supaya dapat menjangka pergerakan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat