Rebut Dogwifhat Versi Ethereum, ‘Insiders’ Jana Berjuta-Juta!

243

“Fulamak beli berjuta-juta WIF, apa yang buatkan mereka tertarik sangat ni?”

Tanpa disedari, banyak wallet mata wang kripto berjaya mencecah lebih $1.3 juta pada hujung minggu lepas sejurus selepas mengambil bekalan yang mencukupi bagi memecoin versi Ethereum (ETH) dipanggil Dogwifhat (WIF).

Versi ETH WIF telah pumped dan dumped dalam beberapa jam pada hari Sabtu, tetapi data blockchain menunjukkan terdapat beberapa wallet mengambil sebahagian besar bekalannya selepas ramai berpusu-pusu menjualnya.

Menerusi pemerhatian, lebih 12 wallet telah membeli 24 juta ETH WIF untuk $3,000 dalam ETH dan pembelian itu berada di blok sama, di mana pedagang dapat mengetahui secara tepat bilakah token akan dikeluarkan atau didagangkan.

Gembar-gembur untuk WIF telah menyebabkan harganya mendaki daripada pecahan satu sen kepada 30 sen sebelum kembimbangan tentang pemilikannya kemudian menyebabkan token tersebut mencanak lebih 80% sejak Sabtu lepas.

Umum mengetahui WIF ETH telah dikeluarkan oleh pengguna platform media sosial X dipanggil @issa yang berkata bahawa beliau pertama kali menyiarkan tentang anjing asal memakai meme topi merah jambu pada tahun 2019.

Setelah ramai pihak menghubunginya dan pasukan $WIF tidak pernah mengakuinya sebagai pencipta asal, @issa menjelaskan beliau sama sekali tiada kaitan dengan mereka dan tidak pernah memiliki mahupun menerima sebarang peruntukan.

Pun begitu, penglibatan langsung @lissa bersama token ETH WIF telah mewujudkan permintaan yang kukuh untuk memecoin itu susulan ia memperoleh volum dagangan $7.7 juta dalam masa 24 jam lalu daripada hanya 4,500 pemegang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat