Regulator Itali Menambah Tiga Lagi Broker ke Dalam Senarai Pemerhatian

94

Badan Regulasi Kewangan di Itali iaitu ‘Commissione Nazionale per le Società e la Borsa’ (CONSOB) pada Isnin memberi amaran kepada beberapa entiti kewangan dan memberitahu kepada para pelabur dan pelanggan bahawa entiti ini tidak diiktiraf untuk memberikan perkhidmatan pelaburan dan menjalankan aktiviti perniagaan mereka di Itali.

CONSOB agak kerap mengemaskini amaran-amaran kepada penduduk Itali agar tidak berurusan dengan entiti kewangan seperti yang dilaporkan pada Isnin di mana mereka meyenaraikan tiga syarikat penyedia perkhidmatan pelaburan yang tidak diiktiraf.

Sebagai badan awam di Itali, CONSOB bertanggungjawab untuk membuat regulasi bagi pasaran kewangan Itali dan objektif utamanya ialah melindungi pelaburan awam di negara ini.

CONSOB bertanggungjawab untuk memastikan trasparensi dan pengendalian yang betul oleh ahli-ahli yang terlibat di dalam pasaran kewangan Itali. Selain itu, CONSOB juga memastikan informasi yang lengkap dan benar kepada pelabur-pelabur di Itali dengan menyenaraikan syarikat-syarikat yang berdaftar di bawahnya. Mereka juga menjalankan penyiasatan dalam hal-hal seperti salah-laku orang dalam (insider) dalam pasaran atau aktiviti manipulasi pasaran di Itali.

Badan regulasi di Itali ini baru sahaja memberi amaran kepada lima broker minggu lepas berikutan broker-beroker ini yang melanggar peraturan dan regulasi yang telah ditetapkan. Tiga lagi broker yang diumumkan semalam ialah:

LM Swiss Group

Broker forex ini beroperasi di bawah jenama SwissFxTrading yang beralamat di www.swissfxtrading.com. Selain dari itu, LM Swiss Direct, mereka juga beroperasi sebagai SwissFxTrading, SwissFxPro, LM Swiss dan laman web beralamat di www.swissfxtrading.com, www.swissfxpro.com dan www.lmswiss.com. Broker ini juga tidak menunjukkan alamat penuh dan tidak diiktiraf oleh badan regulasi Itali ini.

Recyclix

Recyclix ialah sebuah syarikat yang berpangkalan di Poland dan beroperasi secara online menggunakan www.recyclix.com. Menurut laman web ini, objektif syarikat Recyclix ialah “Menggunakan peluang dalam internet dan perniagaan secara bijak untuk membantu industry kitar-semula secara effisyen”. Pelabur digesa untuk menukarkan sampah kepada eco-profits dengan mengitar semula untuk memaksimumkan keuntungan mereka.

Syarikat ini berada di bawah pemerhatian apabila mengiklankan perkhidmatan yang mereka tawarkan kepada penduduk Itali yang mana mereka tidak dibenarkan berbuat demikian.

easyinvestment500

CONSOB juga melaporkan bahawa syarikat Pel Ltd dan Kakao Ltd tidak diiktiraf untuk menjalankan sebarang aktiviti perkhidmatan pelaburan di Itali.

Easyinvestment500 beroperasi di alamat www.easyinvestment500.com yang menyediakan perkhidmatan pelaburan binary options. Broker ini tidak memberikan alamat penuh mereka dan menggalakkan pelanggan-pelanggan menghubungi mereka melalui email walaupun mereka ini sebanarnya broker yang tidak diiktiraf secara sah beroperasi di luar Cyprus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat