Rentak Pasaran Mula Perlahan, Semua Mata Pada NFP!

873

Kewaspadaan pelabur menjelang penerbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat, membataskan dagangan kebanyakan mata wang utama daripada terus mencatatkan peningkatan.

Euro yang meningkat tinggi selepas kenyataan hawkish daripada Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde, tersangkut pada sekitar harga 1.1450 berbanding US dolar ketika sesi Eropah.

Lagarde tanpa dijangka mengubah pandangan dovishnya dahulu dengan mengatakan risiko inflasi dilihat akan berterusan untuk jangka masa lebih lama dan tidak menolak mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah pada akhir tahun ini.

Sementara pound pula kembali menyusut di bawah harga 1.3600 yang dicapainya pada sesi sebelum ini, selepas pelabur menghadam keputusan Bank Pusat England (BOE) yang menepati jangkaan untuk kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas kepada 0.50%.

Meneliti pergerakan raja mata wang pula, indeks dolar menunjukkan sedikit kenaikan namun kekal di sekitar paras terendah dua minggu pada 95.32 berbanding US dolar.

Selain greenback, dagangan dolar loonie turut menjadi tumpuan pasaran yang menantikan data pekerjaan Kanada pada sesi New York. Seperti NFP, ia juga dijangka akan menunjukkan pertumbuhan perlahan pada Januari.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand turut mengurangkan keuntungan yang diraih susulan kelemahan dolar greenback sebelum ini, dengan memaparkan penyusutan pada sesi Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat