Review Pergerakan Matawang Euro Sepanjang Minggu Ini

795

Matawang Euro pada minggu ini sekali lagi didagangkan bercampur-campur setakat pada pukul 10.24 malam Jumaat. Dagangan bercampur-campur di sini bermaksud tiada satu hala-tuju yang jelas bagi matawang Euro yang mana ia bergerak turun-naik.

Matawang Euro sepanjang minggu ini mengukuh berbanding US dollar dan Aussie, namun melemah berbanding CAD, GBP dan Yen.

Walaupun dengan pergerakan yang bercampur-campur, matawang Euro tetap banyak digerakkan oleh sentimen dari Zon Eropah dan bukan hanya digerakkan oleh pasangan matawang yang satu lagi.

Pada Isnin lalu matawang Euro membuat kenaikan disebabkan khabar angin bahawa ahli-ahli ECB telah mengalihkan perdebatan mereka daripada amaun pembelian kepada halatuju kadar faedah di masa akan datang. Ini dilihat bertentangan dengan panduan yang diberikan oleh bank pusat bahawa kadar faedah tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat, tetapi sudah tentu ia satu isyarat positif kepada pengetatan polisi monetari.

Namun, pada Selasa matawang Euro melemah semula berbanding matawang-matawang utama yang lain bermula pada sesi London disebabkan kemerosotan besar sentimen ekonomi Jerman (ZEW).

Selepas itu, pergerakan matawang Euro mula bercampur-campur yang jelas dilihat dalam pair EUR/USD. Sekali lagi matawang Euro melemah berbanding matawang-matawang yang lain pada Khamis berikutan data PMI sektor-sektor ekonomi yang kurang memberangsangkan di Zon-Eropah.

>>>PELAJARI ANALISIS FUNDAMENTAL KLIK SINI.<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat