Rezeki Hujung Minggu? Bursa Relax Selepas Mesyuarat Dasar BNM

169

Minat pembelian pada kaunter perbankan mendorong pembukaan baik bursa tempatan selepas mesyuarat MPC Bank Negara Malaysia (BNM) semalam.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 5.14 mata pada 1,424.52 sebelum naik 3.83 mata berbanding penutupan Khamis pada 1,420.38.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 140 atasi kerugian pada 105, manakala 204 kaunter pula tidak berubah, 1,877 tidak didagangkan dan 19 digantung.

Jumlah perolehan pada 99.98 juta unit bernilai RM24.51 juta.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, aktiviti bargain-hunting dijangka mendorong ekuiti tempatan meningkat hari ini sungguhpun sentimen pelabur agak berhati-hati.

Atas faktor itu, indeks diramal berlegar di paras 1,415-1,425 dengan kaunter perbankan dijangka menjadi tumpuan pembelian.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Hong Leong Bank Bhd naik 34 sen pada RM20.78, Maybank canak 6 sen pada RM8.47, Public Bank Bhd tambah 2 sen pada RM4.38, RHB Bank Bhd raih 4 sen pada RM5.52 dan IHH Healthcare Bhd lonjak 5 sen pada RM5.96.

Saham aktif memperlihatkan Citaglobal Bhd dan Green Packet Bhd kekal pada 29 sen dan 4 sen sementara AwanBiru Technology Bhd naik 1.5 sen pada 51 sen, SNS Network Technology Bhd serta Tanco Holdings Bhd canak 0.5 sen pada 23.5 sen serta 41 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas Index naik 21.41 mata pada 10,124.93, FBM 70 canak 12.29 mata pada 12,071.99, indeks FBMT 100 lonjak 22.68 mata pada 9,860.87, indeks FBM Emas Shariah tambah 8.05 mata pada 10,166.6 manakala FBM ACE turun 1.94 mata pada 4,884.49.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan naik 88.21 mata pada 16,143.85,  indeks Tenaga tambah 3.03 mata pada 711.07 sementara indeks Produk serta Perkhidmatan susut 0.16 mata pada 172.1 dan Perladangan jatuh 20.76 mata pada 6,696.27.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat