Ringgit Bergerak Memulih, Kukuh Berbanding Kebanyakan Mata Wang Utama

623

Ringgit melantun semula arusnya berbanding dolar AS pada awal dagangan Isnin apabila USD jatuh sedikit di saat jangkaan Federal Reserve (Fed) untuk terus mengekalkan pendirian dasar monetarinya yang ketat.

Tepat jam 9 pagi tadi, ringgit mengukuh pada paras 4.7725 berbanding dolar AS daripada ia ditutup sekitar 4.7750 pada Jumaat lepas.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjangkakan ringgit kekal stabil pada sekitar RM4.77 hari ini dengan sentimen pasaran global yang lemah.

Katanya lagi, beberapa pegawai Fed pada minggu lepas menyatakan kebimbangan mereka terhadap pelonggaran pramatang berikutan paras kadar inflasi yang meningkat.

Sentimen itu telah menjadikan USD lebih menonjol daripada kumpulan mata wang G7 dan membawa kepada permintaan yang lebih tinggi dalam pasaran. Ia alami sedikit masalah kerana kesan daripada tindakan dasar monetari yang lepas serta memberi kesan yang besar.

Walau bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakkanya lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu lebih tinggi berbanding pound British kepada 6.0425/0488 daripada 6.0437/0494 pada penutup Jumaat, meningkat berbanding euro kepada 5.1619/1673 daripada 5.1656/1705 tetapi lebih rendah berbanding yen Jepun pada 3.1736/3777 /1709.

Pada masa yang sama, ringgit bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.

Ia meningkat berbanding peso Filipina pada 8.53/8.54 daripada 8.54/8.55 dan lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 305.9/306.4 daripada 306.1/306.5 pada Jumaat tetapi lemah sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.5494/5548 daripada 3. /5525 ​​dan susut nilai berbanding baht Thailand pada 13.2584/2782 berbanding 13.2198/2381.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat