Ringgit Bergerak Positif, Kukuh Berbanding USD & Mata Wang Asean

159

Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS pada permulaan dagangan hari ini dan ia turut meningkat berbanding sekumpulan mata wang utama lain serta mata wang Asean berikutan sentimen positif kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai penilaian mata wang tempatan itu.

Jam 9.05 pagi tadi, ringgit meningkat kepada 4.7580 berbanding dolar AS daripada ia berada pada 4.7585 pada penutup semalam (Selasa).

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jaminan bank pusat berkenaan penilaian ringgit telah membantu meningkatkan nilai dan mungkin berterusan hari ini.

Semalam, Gabenor BNM Datuk Abdul Rasheed Ghaffour dalam satu kenyataannya berkata nilai ringgit adalah rendah.

Bank pusat kini telah meningkatkan hubungannya dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, swasta dan pelabur untuk menggalakkan aliran masuk berterusan ke dalam pasaran pertukaran asing.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bank pusat telah ditugaskan untuk memantau dengan teliti ringgit serta pihak kerajaan, kementerian dan pihak berkuasa termasuk majlis pelaburan mengadakan mesyuarat setiap hari bagi menangani isu kejatuhan ringgit.

Kata Afzanizam lagi, peserta pasaran pertukaran asing (Forex) juga akan memberi perhatian kepada pelepasan inflasi berdasarkan data Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) esok.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu bertambah baik berbanding yen Jepun kepada 3.1623/1652 daripada 3.1671/1706 pada penutup Selasa, meningkat berbanding pound Britain kepada 6.0322/0373 daripada 6.0362/0425 semalam dan mengukuh berbanding euro kepada 5.1586/1630 daripada 5.1625/1679 sebelum ini.

Ringgit juga menunjukkan prestasi yang lebih kukuh berbanding mata wang Asean yang lain.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2627/2787 daripada penutup Selasa 13.2782/2984 dan naik berbanding dolar Singapura pada 3.5404/5439 berbanding 3.5419/5459 sebelumnya.

Mata wang tempatan itu juga meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.47/8.48 daripada 8.48/8.49 semalam dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 304.0/304.5 daripada 304.1/304.6 semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat