Ringgit Dalam Bahaya, Sentimen Pasaran Berada Di Paras Risiko Tertinggi!

1,295

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini walaupun tarikan sebagai aset selamat kekal kukuh di tengah-tengah sentimen berisiko dalam pasaran.

Dolar AS juga memperoleh asas tambahan berikutan kenyataan hawkish oleh Pengerusi Fed yang menyatakan bahawa bank pusat Amerika Syarikat mungkin perlu mengekalkan kadar yang tinggi lebih lama memandangkan inflasi masih degil untuk diturunkan.

Pada jam 9.00 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7905/7950 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.7945/7970.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) terus meningkat kepada 106.342 mata berikutan jangkaan penurunan kadar yang semakin berkurangan.

Katanya lagi, kadar inflasi yang masih tinggi seiring dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh di AS telah menyebabkan pasaran menilai semula jangkaan mereka terhadap pelonggaran monetari tahun ini.

Beliau menegaskan bahawa pendapatan bank AS mencatatkan prestasi yang baik pada suku pertama tahun ini disebabkan oleh perbelanjaan pengguna dan perniagaan yang kukuh.

Unjuran terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan pertumbuhan ekonomi global akan kekal stabil pada 3.2% pada 2024 dan 2025. Ia juga akan menimbulkan kebimbangan mengenai kemajuan perlahan dalam pengukuhan fiskal yang boleh memberi tekanan ke atas inflasi.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding euro kepada 5.0885/0932 daripada 5.0966/0992 pada penutupan Selasa, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0964/0995 daripada 3.1020/1038 semalam dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.9536/9595 daripada 5.9701/9732 sebelum ini.

Nota tempatan itu juga didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang Asean.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0496/0661 dan menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.5103/5139 daripada 3.5135/5156 semalam.

Ringgit juga meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 296.1/296.5 daripada 296.3/296.6 semalam dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.42 daripada 8.41/8.42 sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat