Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding USD Menjelang Mesyuarat Dasar Monetari BNM

361

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada awal minggu ini sebagai jangkaan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kadar dasar semalaman (OPR) pada 7 Mac nanti.

Tepat jam 9 pagi tadi, ringgit mengukuh pada 4.7230 berbanding dolar AS daripada ia ditutup 4.7440 pada Jumaat lepas.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kadar dasar semalaman (OPR) berkemungkinan kekal pada 3.0% dan perkara yang paling penting ialah penilaian terkini Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) terhadap keadaan ekonomi.

Antara agenda penting adalah Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China pada minggu ini kerana pasaran ingin melihat sasaran makro negara seperti KDNK, inflasi dan defisit fiskal untuk 2024.

Katanya lagi, jika penggubal dasar mereka mahu memberikan rangsangan dalam ekonomi, ia akan memberikan impak positif untuk mata wang yuan dan ringgit disebabkan oleh korelasi positif kedua-dua mata wang tersebut.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound British kepada 5.9812/9875 daripada 5.9926/9977 pada Jumaat lepas, mengukuh berbanding euro kepada 5.1221/1275 daripada 5.1330/1373 minggu lepas, dan bertambah baik berbanding yen Jepun kepada 3.1489/1524 daripada  3.1492/1521 sebelum ini.

Pada masa yang sama, ringgit juga diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang Asean lain.

Ia lebih lemah berbanding baht Thailand pada 13.2042/2241 daripada penutup Jumaat 3.1928/2120, tetapi meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.5154/5194 berbanding 3.5229/5264 minggu lepas, mengukuh berbanding rupiah Indonesia 300.7/301.1 daripada 302.1/302.4 dan meningkat berbanding peso Filipina pada 8.43/8.44 daripada 8.47/8.48 sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat