Ringgit Dibuka Tinggi Pada RM4.70, Pasaran Beri Fokus Pada Langkah Fed

97

Ringgit mencatatkan kenaikan dengan dibuka tinggi berbanding dolar AS pada dagangan Rabu berikutan mata wang Amerika Syarikat itu merendah dengan jangkaan mengenai kadar faedah yang bakal diturunkan.

Tepat jam 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7080 berbanding USD daripada 4.7110 pada penutup semalam.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam berkata ringgit dijangka kukuh berdasarkan kemungkinan kadar faedah AS yang lebih rendah akan mengurangkan perbezaan kadar antara Kadar Dana Fed dan Kadar Dasar Semalaman.

Gabenor Fed, Adriana Kugler berkata dalam ucapannya bahawa wajar bagi bank pusat untuk menurunkan kadar faedahnya pada akhir tahun ini berikutan keadaan ekonomi yang bergerak di landasan yang betul.

Dengan itu, Afzanizam berkata mata wang tempatan diniagakan pada aliran meningkat berbanding mata wang serantau lain.

Pembaharuan dasar seperti rasionalisasi subsidi diesel telah menyumbang secara positif kepada pengukuhan ringgit.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9818 daripada 2.9798 pada Selasa, susut berbanding pound kepada 5.9810 dan rendah berbanding euro kepada 5.0555 daripada 5.0492 sebelumnya.

Nota tempatan itu didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.

Ia tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 286.8 daripada 287.0 dan kukuh berbanding peso Filipina kepada 8.02 daripada 8.03.

Ia juga merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4838 daripada semalam dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.8322 daripada 12.7874.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat