Ringgit Dijangka Bergerak Sekitar RM4.72 Hingga RM4.73 Hari Ini

95

Mata wang tempatan, ringgit diramal diniagakan dalam julat ketat sekitar RM4.72 hingga RM4.73 berbanding dolar AS minggu dagangan yang singkat ini.

Sementara itu, ringgit kini berada pada paras 4.7450 iaitu sama seperti paras semasa pembukaan dagangan pagi tadi.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata harga minyak mentah Brent kini berlegar melebihi $90 per tong di tengah-tengah kebimbangan terhadap risiko geopolitik di Timur Tengah.

Katanya lagi, pasaran pertukaran mata wang asing (forex) berada dalam mod defensif dengan permintaan terhadap mata wang selamat seperti dolar AS yang semakin meningkat. Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.17% kepada 104.30 mata pada hari Jumaat.

Walaupun ramalan pemotongan kadar oleh Fed kekal sebagai topik utama dalam pelaburan, kebimbangan yang semakin meningkat dalam konflik perang di Timur Tengah telah mengakibatkan harga minyak mentah yang lebih tinggi.

Perkara ini mungkin memberi kesan kepada inflasi dan berpotensi mengubah pandangan mengenainya apabila Fed sudah menemui jalan.

Buat masa ini, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding kebanyakan mata wang utama lain.

Ia susut berbanding yen Jepun kepada 3.1341/1363 daripada 3.1194/1241 seminggu sebelumnya, susut berbanding pound Britain kepada 5.9956/9994 daripada 5.9548/9630 sebelumnya dan jatuh berbanding euro kepada 5.1437/507977 daripada 5.1437/50797. .

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.

Ia meningkat kepada 12.9495/12.9641 berbanding baht Thailand daripada 12.9712/12.9983 pada Jumaat minggu lepas dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.39/8.41 daripada 8.40/8.42 sebelumnya.

Bagaimanapun, mata wang tempatan menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 299.4/299.8 daripada 297.7/298.2 seminggu sebelumnya dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5208/5233 daripada 3.4987/5040.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat