Ringgit Dijangka Kekal Lemah Sepanjang Minggu Ini

109

Nilai ringgit diramalkan akan bergerak sekitar RM4.72 hingga RM4.73 pada minggu ini dengan penurunan terhad kerana mata wang tempatan itu secara teknikalnya berada dalam kedudukan ‘terlebih jual’.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pelabur akan memberi tumpuan kepada data ekonomi Amerika Syarikat yang akan datang terutama sekali Nonfarm Payroll AS (NFP) pada Januari nanti.

Data NFP dijangka turun kepada 162,000 berbanding 216,000 pada Disember lalu.

Namun, data terdekat yang perlu menjadi perhatian buat masa sekarang adalah mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan diterbitkan pada Rabu dan para pelabur menjangkakan Fed akan mengekalkan status quonya.

Katanya lagi, jangkaan pemotongan kadar faedah pertama 2024 pada Mac telah berkurangan daripada 73.6% kepada 50.4% buat masa ini. Ia tetap akan memberikan sedikit kelebihan kepada mata wang dolar AS.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes dalam kenyataannya menambah bahawa sidang akhbar pasca FOMC pada 31 Januari boleh memberi kesan kepada jangkaan pasaran mengenai pemotongan kadar faedah suku pertama pada Mac nanti.

Walaupun pasaran menjangkakan akan berlakunya naik turun, sekiranya terdapat peningkatan ketara dalam ketegangan geopolitik AS-China. Mata wang ringgit mungkin tidak akan menyusut dengan ketara daripada paras semasa.

Keluaran laporan Indeks Pekerjaan dan Harga Pengguna (CPI) Januari yang akan diterbitkan pada awal Februari akan mencetuskan turun naik pasaran. Namun, pergerakan naik yang ketara pada ringgit adalah agak mustahil sehingga laporan berisiko tinggi itu berlaku.

Buat masa ini, mata wang tempatan diniagakan agak bercampur-campur berdasarkan sentimen prospek ekonomi global seperti China dan Amerika Syarikat yang tidak menentu.

Tidak lupa juga, minggu lepas Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus dan menandakan mesyuarat keempat berturut-turut MPC pertahankan kadar tersebut.

Sementara itu, ringgit didagangkan lemah berbanding kumpulan mata wang utama dunia seperti pound Britain, euro dan yen Jepun.

Ia juga didagangkan agak bercampur-campur berbanding mata wang Asean lain. Ringgit rendah berbanding dolar Singapura dan tidak ketara dengan baht Thailand.

Mata wang tempatan itu mengukuh berbanding rupiah Indonesia dan peso Filipina.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat