Ringgit Diramalkan Naik Kepada RM3.80 Berbanding USD Dalam Tempoh 12-Bulan – Credit Suisse

277

Credit Suisse salah satu daripada bank terkemuka dunia menaikkan ramalan mereka terhadap Ringgit dengan mengatakan matawang ini masih ada ruang untuk meneruskan kenaikan disebabkan pemulihan eksport Malaysia, pertumbuhan ekonomi yang positif dan nilai matawang yang berada di bawah nilai intrinsik yang sebenar.

Credit Suisse menaikkan ramalan nilai Ringgit mereka kepada RM4 bagi setiap USD dari RM4.10 dalam tempoh tiga bulan mendatang. Dalam tempoh 12 bulan ramalan dinaikkan kepada RM3.80 daripada RM 4 sebelum ini.

Bank Negara Malaysia (BNM) adalah faktor yang mempengaruhi kenaikan Ringgit yang kini dijangka menaikkan kadar faedah pada suku pertama tahun 2018.

Walaupun Ringgit membuat kenaikan sebelum ini, kadar tukaran effektif benar (real effective exchange rate) hanya naik 3% daripada paras terendah Disember 2016. Kini Ringgit masih lagi berada di bawah nilai sebanyak 7% walaupun Brent-oil didagangkan pada harga $63 setong setakat ini.

Ringgit yang murah juga banyak menyokong pemulihan dalam eksport Malaysia menjadikan penghantaran ke luar negara adalah yang tertinggi berbanding negara Asia Tenggara yang lain.

Credit Suisse menjangka lebihan akaun-semasa akan meningkat kepada US$11.5 billion pada 2018 dari US$9.9 billion tahun ini, iaitu 3% daripada KDNK (GDP) berbanding 2.4% yang dicatat pada 2016.

“Kerajaan dan Bank Negara mungkin mempertimbangkan pengukuhan Ringgit menjelang pilihanraya akan datang kerana matawang dilihat sebagai kayu ukur keyakinan rakyat,” menurut Credit Suisse. – Bloomberg

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat